Ar-Rijal wan Nisa'

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang…

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W…

Insan sepi ini kembali menulis setelah sekian lama menyepikan diri..

Sangat banyak yang ingin diluahkan untuk dikongsi bersama bagi mendapatkan solusi dan opini kepada setiap masalah dan kemusykilan yang bermain di fikiran tapi sebelum itu ingin rasanya berkongsi sedikit info Ad-Din buat tatapan semua…

Lelaki dan perempuan itu dikurniakan fitrah yang serupa iaitu ingin disayangi dan menyayangi. Dalam hal ini, komunikasi dan perhubungan adalah asas kepada hubungan ini. Namun begitu terdapat larangan yang perlu dipatuhi oleh setiap muslimin dan muslimat dalam usaha mendapat keredhaan ALLAH:

1. Seorang lelaki tidak boleh memandang bahagian tubuh wanita yang boleh merangsang syahwat. Melihat aurat seorang wanita itu pula adalah haram.

2. Diharamkan bagi kedua-dua belah pihak menggunakan mersik suara yang boleh mendatangkan syahwat. Jika empunya suara memang mempunyai suara yang gemersik sejak azali dan sukar untuk diubah, maka sewajarnya dia perlu kurangkan komunikasi dengan kaum bukan sejenis. Tetapi realitinya suara kita boleh dilatih agar boleh digunakan sebaiknya.

3. Dilarang bersentuhan antara lelaki dan wanita khususnya antara kulit dengan kulit. Sekiranya berlapik, hal itu bergantung kepada keadaan dan niat.

Kesilapan besar yang dilakukan muda-miudi dalam memilih pasangan :

1. Mengukur pada zahir. Hubungan yang dijalin hanya berdasarkan kerana pesona pandangan mata. Contohnya, kecantikan wajah dan gaya yang mempesona. Rasullullah S.A.W telah bersabda,

“barang siapa yang mengahwini wanita kerana kecantikannya, maka akan diharamkan ke atasnya hartanya dan kecantikannya.”

2. Berkenan pada pasangan disebabkan public figure. Seorang lelaki cenderung memilih perempuan yang namanya disebut-sebut di khalayak ramai kerana popularitinya.jika kemasyhuran ini disebabkan ilmu dan agamanya, itu tidak mengapa tetapi jika bukan kerana itu, hal itu tidak dibenarkan.

3. Perempuan yang pandai berceloteh dengan lelaki. Pada dasarnya perempuan begini dianggap kurang menjaga maruah kerana seolah-olah semua lelaki perlu ditegur. Pada hakikatnya, suara wanita itu aurah dan tidak patut dipertontonkan pada perkara yang sia-sia. Ianya hanya wajar digunakan pada perkara-perkara yang memberi kebaikan pada agama. Sabda Rasullullah S.A.W

“barang siapa yang banyak cakapnya, akan banyaklah dosanya. Barang siapa yang banyak dosanya, maka api nerakalah yang paling layak untuknya.”

Sebaik-baik seorang wanita itu adalah mereka yang diasuh dalam baitul muslim. Dengan erti kata lain, mereka dibesarkan dalam suasana keagamaan. Ibu bapanya berpegang pada agamanya dan mereka beramal dengan agama tersebut agar mereka menjadi suri tauladan utama kepada anak-anak. Ayah dan ibu ini, mencari rezeki yang halal, memberikan pendidikan yang baik kepada anak-anak dan mengasuh anak-anak dengan akhlak yang mulia. Hal inin bersesuaian dengan sabda Rasullulah yang berbunyi :

“Pilihlah tempat menyemai benih (zuriat) kamu kerana keperibadian pasangan kamu akan mempengaruhi zuriatnya.”

Selain itu, wanita yang baik juga adalah mereka yang rajin bekerja dan kurang berbual. Isteri akan banyak membantu lelaki menguruskan hal rumah tangga. Jika dia rajin bekerja, bererti dia seorang yang amanah. Jika isteri itu seorang yang rajin, dia akan cepat belajar dan segera menyesuaikan diri. Rajin di sini bemakna rajin dalam pelbagai hal terutama rajin dalam usaha mempelajari ilmu agama khususnya mengenai halal dan haram. Hal ini penting kerana kebiasaannya si isterilah orang yang bertanggungjawab dalam urusan pembelian makanan untuk ahli keluarga. Oleh itu, dia perlu jelas dengan hukum hakam dan bahan yang dimasak.

Mugkin ada yang tertanya-tanya mengapa topic ini yang dicoret untuk dikongsi bersama. Hari ini sebagai insan biasa yang mampu melihat berasa sungguh pelik dengan senario dunia hari ini. Mengapa? Adakah anda tidak terfikir bahawa dunia remaja hari ini begitu dhaif akhlaknya. Pergaulan mereka terlalu bebas hingga mencetuskan banyak impak negative dalam masyarakat islam hari ini. Tidak dinafikan dunia hari ini menuntut kita semua menuntut ilmu tanpa sempadan dan menuntut kita untuk menjalin hubungan social dengan pelbagai lapisan masyarakat.

Nabi kata :

“tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri Cina.”

“menutut ilmu itu wajib ke atas setiap muslim.”

“tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahat.’

Tetapi malangnya pergaulan hari ini bukan kerana meneroka ilmu ALLAH. Sekiranya benar, tetapi wadah yang digunakan tidak selari dengan kehendak islam. Dalam info AD-Din telah dinyatakan larangan dan kesalahan dalam batas-batas pergaulan lelaki dan perempuan. Mungkin itu adalah punca utama mengapa masyarakat hari ini sangat jahil tentang agama. Sedangkan harta dunia lagi dicari tetapi ilmu ukhrawi diketepi. Mungkinkah mereka begini kerana telah dididik dengan metodi begitu sejak tapak kakinya sebesar ibu jari ibu dan ayah mereka. Kerana inilah ingin sekali saya berkongsi panduan memilih pasangan kerana kitalah yang akan mencorak kehidupan anak-anak kita nanti. Oleh itu, perkara pertama yang mesti dilakukan adalah memperbaiki diri dengan agama. Setelah itu, pilihlah pasangan dengan ciri-ciri Islam yang terlalu banyak dan indah dan antaranya ialah dibesarkan dalam baitul muslim dan seorang yang rajin bekerja dan tidak banyak berbual seperti yang telah dinyatakan.

Saya rasa inilah antara jalan yang terbaik untuk membina keluarga islam yang bakal mencium bauan syurga Firdausi. Anak-anak itu anugerah yang diberikan paling berharga. Sinarilah dan warnailah kehidupan mereka dengan warna-warni kasih saying. Walaupun mereka tidak lahir dari kantung rahim kita sendiri tetapi apabila telah diberikan tanggungjawab ditambah pula kita sendiri yang memilih untuk menggalas tanggungjawab itu, maka laksanakan sebaiknya. Kadang-kadang anak-anak ini telah diasuh dengan didikan yang baik tetapi apabila usianya menginjak remaja, dugaan terjadi tetapi malangnya ibu bapa mereka bukanlah dahan yang tepat untuk berpaut. Kita tidak mahu mereka memilih jalan yang salah. Sedarlah wahai kaum ibu dan bapa, jalankan tanggungjawabmu dengan sebaik mungkin. Bersyukurlah sekiranya anak itu mampu berdiri di atas kakinya sendiri tanpa sedikitpun tergelincir dari roh islami. Wang dan harta bukan suatu ukuran tetapi perhatian dan difahami adalah perkara terutama bagi mereka. Lumrah seorang anak meminta sesuatu kepada ibu bapa. Siapa lagi dan di mana lagi tempatnya?? Boleh ke?? Jika ibu bapa telah mdemberikan didikan sebaiknya, mereka tidak akan meminta yang bukan-bukan.

Saya simpulkan hari ini, pergaulan itu harus dibatasi dengan intipati agama. Namun begitu ibu bapa adalah pihak yang paling penting mencorak mereka sejak kecil lagi agar mereka mampu menjadi muslim dan muslimah sejati di mana jua mereka berada sama ada dalam pengawasan ibu bapa ataupun tidak. Insyaallah perkara buruk dapat dihindari kerana acuannya dibentuk dengan bahan-bahan yang tidak lari dari kehendak syariat.

Sekian.

Ahlan Wasahlam


"Wahai sahabat, tika diri kelapangan atau dalam kekangan, AL-ASR punya tafsiran yang tersirat.disaat kehausan kecemerlangan AL-MU'MINUN formula al-falah yang hebat. Bila jiwa dan hati di asak dan disentak dengan musuh Allah, AS-SAFF mengutuhkan iman dihati lantas bersama di saf perjuangan.."